Thailand rekod penurunan kes

BANGKOK 24 Ogos – Thailand terus mencatatkan penurunan kes jangkitan harian Covid-19 apabila merekodkan angka di bawah 20,000 kes hari ini iaitu 17,165 kes menjadikan jumlah keseluruhan 1,083,951 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan Awam, sebanyak 226 kematian direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 9,788 orang.

Setakat semalam, sebanyak 20,059 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital yang membawa kepada jumlah keseluruhan 881,829 pesakit pulih.

Kematian melibatkan individu berumur antara 21 hingga 98 tahun termasuk lapan warga Myanmar, masing-masing seorang Kemboja dan China.

Bangkok merekodkan kematian tertinggi dengan 68 orang serta wilayah sekitarnya yang turut mencatatkan banyak kematian seperti Samut Sakhon (21), Pathum Thani (21), Samut Prakan (19) dan Nakhon Pathom (6).

Bangkok juga merekodkan kes tertinggi sebanyak 4,025 kes serta Samut Prakan 1,731, Samut Sakhon 1,288 dan Chonburi 816.

Sehingga semalam, sebanyak 192,334 orang mendapatkan rawatan di hospital di mana 5,229 dalam keadaan kritikal dan 1,095 bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment