Kes positif Indonesia cecah 4 juta

JAKARTA 24 Ogos – Angka kesembuhan harian kes jangkitan Covid-19 mencapai 35,082 orang hari ini mengatasi jumlah kes positif Indonesia sebanyak 19,106.

Ini menjadikan jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 3,606,164 orang dan jumlah keseluruhan kes positif pula 4,008,166 dengan kes aktif 273,750.

Di samping itu, 1,038 lagi pesakit meninggal dunia yang kumulatifnya mencapai 128,252.

Lima provinsi mencatat kes sembuh harian tertinggi iaitu Jawa Barat 14,252 dan kumulatifnya 621,347 diikuti Jawa Timur 3,313 (329,462),  Sumatera Utara 1.944 (63,752), Yogyakarta 1,723 (125,182), dan Kalimantan Timur 1,089 (132.652). 

Jawa Barat merekodkan 5,255 kes dan kumulatifnya 675.840 kes, diikuti Jawa Timur 1.700 kes dan kumulatifnya 375.165 kes, Jawa Tengah 1,242  (kumulatifnya 464.219), Sumatera Utara 1.135 (90.717) serta Bali 934 ( 103.508).. 

Kematian tertinggi direkodkan di Jawa Barat dengan tambahan 314 kes dan kumulatifnya 12,820, Jawa Timur 185 ( 27.067 ), Jawa Tengah 114 (27,922),  Yogyakarta 39 ( 4.652 ) dan Kalimantan Timur 36 (4.896)..

Sementara itu program vaksinasi menunjukkan penerima vaksin pertama bertambah sebanyak 689.094 dengan jumlahnya melebihi 58.468.810 orang dan penerima vaksinasi kedua meningkat kepada 32.640.998 orang termasuk tambahan hari ini 594.774 orang.

Related posts

Leave a Comment