303 kematian, 12,067 kes Filipina

MANILA 24 Ogos – Jumlah kematian harian akibat Covid-19 di Filipina menunjukkan peningkatan berganda apabila 303 lagi kes dilaporkan berbanding 151 orang yang direkodkan meninggal dunia semalam.

Menurut Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina, ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 setakat ini meningkat kepada 32,264 orang.

Setakat pukul 4 petang ini, DoH Filipina merekodkan 12,067 lagi kes baharu Covid-19 yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,869,691 dengan kes aktif pula 127,703.

Kes sembuh juga meningkat kepada 1,709,724 orang atau 91.4 peratus daripada keseluruhan kes. Jumlah kes sembuh ini termasuk 14,565 pesakit yang dilaporkan sembuh hari ini.

Related posts

Leave a Comment