Vaksinasi harian merosot

PUTRAJAYA 24 – Jumlah vaksinasi harian yang direkodkan semalam merosot kepada 396,576 dos berbanding 441,100 pada hari sebelumnya.

Daripada jumlah itu, 150,469 adalah penerima dos pertama manakala 246,109 penerima dos kedua.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini sebanyak 31,792,363 dos.

Walaupun dos merosot, individu yang melengkapkan suntikan dos vaksin, meningkat kepada 56.9 peratus atau 13,315,774 orang,dan 18,476,589 individu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, sebanyak 26 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sekitar Lembah Klang, membabitkan daerah Gombak, Klang, Kuala Selangor, Petaling, Sabak Bernam, Sepang, Hulu Langat, Hulu Selangor dan Kuala Lumpur, ditutup bermula semalam.

JKAV memaklumkan, PPV Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pula ditutup bermula hari ini.

JKAV juga memaklumkan bahawa PPV Stadium Nasional Bukit Jalil tidak lagi menerima walk-in bukan warga negara bermula semalam dan akan digantikan dengan vaksinasi melalui kaedah temu janji.

Untuk mendapatkan temu janji, individu perlu mendaftar bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) melalui MySejahtera, laman sesawang

Related posts

Leave a Comment