12 kit ujian kendiri lulus

PUTRAJAYA 24 Ogos – Sebanyak 12 kit ujian kendiri Covid-19 telah mendapat kelulusan bersyarat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) setakat hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua kit berkenaan boleh dijual untuk kegunaan orang awam.

Pengguna juga mestilah memastikan kit ujian kendiri Covid-19 yang telah mendapat kebenaran pengimportan dan pengedaran dari MDA.

Kit ujian kendiri Covid-19 boleh dibeli di farmasi komuniti berlesen dan fasiliti kesihatan yang dibenarkan MDA.

Penjualan kit ujian kendiri Covid-19 boleh dibuat dalam bentuk pek individu atau pek multi kit dan hendaklah memenuhi keperluan perlabelan.

Berikut senarai kit berkenaan

1. Salixium-COVID-19 Rapid Antigen Rapid Test (Saliva/ Nasal Swab Samples)

2. Gmate® COVID-19 Ag Saliva for Home Use

3. BERIGHT-COVID-19 Antigen Rapid Test Device (Oral Fluid)

4. ALLTest COVID-19 Antigen Rapid Test (Oral Fluid)

5. JusChek COVID-19 Antigen Rapid Test (Oral Fluid).

6. Longsee 2019-nCoV Ag & Influenza A/B Rapid Co-Detection Kit (Immunochromatography)

7. Sichuan Xincheng SARS-CoV-2 Antigen Assay

8. Flowflex™ SARS-CoV-2 Antigen Rapid Test (Self-testing)

9. STANDARD™ Q COVID-19 Ag Saliva Home Test

10. ProDetect™ COVID-19 Antigen Rapid Self-Test (Saliva)

11. NEWGENE Bioengineering COVID-19 Antigen Detection Kit

12. COVID-19 Antigen Detection Kit (Colloidal Gold) Self Test Kit

Related posts

Leave a Comment