Kes harian di Arab Saudi turun

RIYADH 24 Ogos – Arab Saudi terus merekodkan penurunan kes jangkitan harian Covid-19 dengan mencatatkan 353 kes baharu hari ini berbanding 360 semalam dan 384 pada hari sebelumnya.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (MoH), tujuh lagi pesakit meninggal dunia dalam tempoh 24 jam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 542,707 manakala kematian pula 8,497 orang.

Sebanyak 456 pesakit dilaporkan sembuh dan ini menjadikan jumlah keseluruhan 529,833 orang pulih daripada Covid-19.

Riyadh merekodkan kes harian tertinggi iaitu 72 kes diikuti Makkah 66, daerah Timur 41 dan Jazan 34.

Sebanyak 4,377 kes aktif dilaporkan dan 1,108 daripada mereka dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment