Sarawak melepasi 100,000 kes

PUTRAJAYA 24 Ogos – Sarawak melepasi jumlah keseluruhan 100,000 kes Covid-19 sementara Selangor masih mendahului negeri lain dengan kes yang ‘rendah’ tetapi masih menunjukkan peningkatan harian iaitu 4,645 kes berbanding 4,316 semalam.

Beberapa negeri masih menunjukkan peningkatan kes yang turut mempengaruhi kenaikan semula kes jangkitan seluruh negara daripada 17,672 kepada 20,837.

Sabah merekodkan peningkatan kes dengan 3,376 berbanding 1,538 semalam diikuti Pulau Pinang 2,054 (1,451), Kedah 1,772 (1,602), Johor 1,743 (1,367), Sarawak 1,543 (1,538), Kelantan 1,422 (1,176), Kuala Lumpur 1,284 (891) dan Perak 1,242 (952).

Pahang merekodkan 521 (506), Melaka 396 (363), Terengganu 383 (470) dan Negeri Sembilan 351 (478).

Perlis terus merekodkan pertambahan kes apabila mencatatkan 74 kes berbanding 57 kes semalam sementara Putrajaya 27 kes (24) dan Labuan mencatat empat kes berbanding tujuh kes semalam.

Related posts

Leave a Comment