Vaksinasi dalam jadual imunisasi

SINGAPURA – Mulai 12 Oktober ini, Singapura akan memasukkan vaksinasi Covid-19 ke dalam Jadual Imunisasi Kanak-Kanak Kebangsaan (NCIS) dan Jadual Imunisasi Dewasa Kebangsaan (NAIS).

Menurut kenyataan bersama Kementerian Kesihatan dan Agensi Penyakit Berjangkit (CDA), vaksinasi Covid-19 ditawarkan di bawah Program Vaksinasi Kebangsaan (NVP) sejak 2020 bagi memudah cara pengambilan vaksin semasa pandemik.

Langkah itu adalah berikutan Covid-19 akan terus menular dan menimbulkan risiko penyakit teruk, terutamanya dalam kalangan warga emas dan individu berisiko dari segi kesihatan.

Memasukkan ke dalam NCIS dan NAIS adalah bagi memastikan vaksin itu kekal mudah diakses dan berpatutan untuk orang ramai.

Vaksin berkenaan disyorkan kepada individu berumur 60 tahun ke atas; individu berisiko dari segi kesihatan berumur enam bulan ke atas; dan penghuni kemudahan penjagaan warga emas.

Pekerja kesihatan serta individu yang tinggal atau bekerja bersama individu berisiko dari segi kesihatan juga digalakkan menerima vaksin bagi membantu melindungi orang di sekeliling mereka.

Related posts

Leave a Comment