111 tempatan, 5 import di Singapura

SINGAPURA 24 Ogos – Singapura hari ini melaporkan 111 kes tempatan baharu Covid-19 dan lima kes import setakat tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 66,692

Menurut Kementerian Kesihatan ( MoH), kes tempatan termasuk 24 yang berhubung kait dengan kluster asrama (dormitori) North Coast Lodge di Woodlands.

Lebih 5,300 pekerja yang menginap di asrama berkenaan selesai menjalani ujian swab dalam tempoh tiga hari lalu dan hanya 12 keputusan ujian belum diperoleh.

MoH dalam kenyataannya menyebut sebanyak 24 kes berkait dengan kes sebelum ini dan dikuarantin,  30 kes yang ada hubung kait dikesan menerusi ujian pengawasan dan 33 kes tiada hubung kait mana-mana kes sebelum ini.

Dalam kalangan kes baharu, empat orang berusia lebih 70 tahun dan belum divaksin atau baru menerima satu dos.

Related posts

Leave a Comment