Thailand catat kematian tertinggi

BANGKOK 17 Ogos – Thailand merekodkan 20,128 kes jangkitan baharu Covid-19 dan 239 lagi meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 948,442 kes dan 7,973 kematian. Daripada 20,128 kes, sebanyak 19,846 melibatkan orang awam dan 272 dalam kalangan banduan. Angka kematian yang direkodkan hari ini adalah yang tertinggi selepas 235 kematian  direkodkan pada 10 Ogos lalu. Kes sembuh pula sebanyak 20,791 menjadikan jumlah keseluruhan 730,437. Bangkok bukan sahaja merekodkan kematian yang tinggi, 79 orang tetapi jugq mencatatkan kes harian tertinggi sebanyak 4,397 diikuti 1,843 di Samut Sakhon, 1,200 di Samut Prakan dan…

Read More

Kes harian turun di Arab Saudi

RIYADH 17 Ogos – Arab Saudi terus merekodkan penurunan kes harian kepada 569 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 539,698 kes. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan,12 lagi kematian dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 8,431 Sebanyak 704 orang dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan yang sembuh sebanyak 524,765 orang. Riyadh mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 132, diikuti Makkah 101, Jazan 61, daerah Timur 59. Sebanyak 6,502 kes aktif dilaporkan dan 1,295 dalam keadaan kritikal..

Read More

Brunei lapor 65 kes baharu

BANDAR SERI BEGAWAN 17 Ogos – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Brunei Darussalam meningkat kepada 852 kes apabila 65 lagi kes baharu termasuk empat kes import dilaporkan hari ini. Menteri Kesihatan, Dr. Md Isham Jaafar pada sidang media situasi terkini jangkitan Covid-19 memberitahu, satu kes import melibatkan ketibaan dari Nigeria pada 30 Julai lalu melalui Kuala Lumpur . Tiga lagi melibatkan ketibaan dari Manila pada 4 Ogos lalu manakala 18 kes baharu tidak diketahui sumber jangkitan. Kluster yang menambah kes harian adalah Kluster Champion 7 (11), Kluster Chung Hua KB…

Read More

Kes di Filipina catat 1,765,675

MANILA 17 Ogos – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 10,035 kes baharu Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,765,675 kes. Setakat pukul 4 petang, DoH juga merekodkan 96 lagi meninggal dunia yang menjadikan 30,462 kematian. Pada masa yang sama jumlah kes sembuh meningkat kepada 1,629,426 orang atau 92.3 peratus daripada keseluruhan kes. Jumlah ini termasuk 10,858 pesakit yang dilaporkan sembuh hari ini Kes aktif pula sebanyak 105,787 atau 6.0 peratus. Sementara itu, setakat 15 Ogos lalu, sebanyak 18,697,647 orang telah mendapat suntikan vaksin masing-masing di mana 6,132,630 mendapat dos pertama…

Read More

Singapura lapor 56 kes baharu

SINGAPURA 17 Ogos – Singapura melaporkan 52 kes baharu Covid-19 jangkitan tempatan dan empat kes import setakat tengah hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 66,281 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 14 kes tanpa hubung kait, 35 kes dikaitkan dengan kes-kes sebelumnya dan sudah dikenakan kuarantin, dan tiga kes tiga kes yang berhubung kait dikesan melalui ujian pemantauan. Salah satu kes melibatkan, seorang warga emas berusia lebih 70 tahun yang belum divaksinasi dan berisiko sakit teruk. Sebanyak empat kes import dilaporkan di mana tiga daripadanya dikesan setibanya di sini manakala…

Read More

Labuan sifar kes, Perlis meningkat

PUTRAJAYA 17 Ogos – Sifar kes di Labuan, Perlis pula tambah kes baharu dengan 37 kes berbanding 20 semalam manakala Selangor terus mendahului jumlah kes jangkitan positif Covid-19 merekodkan 5,753 kes berbanding 5,706 semalam. Selain Selangor, tujuh lagi negeri merekodkan angka empat digit di mana Sabah merekodkan 2,103 kes baharu berbanding 1,728 semalam. Kedah turut menambah kes baharu dengan jumlah yang lebih besar berbanding semalam iaitu dari 1,592 kes kepada 1,863 manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merekodkan 1,765 berbanding 1,360 semalam. Johor merekodkan 1,309 kes (1,510 semalam), Pulau Pinang 1,275…

Read More

Satu kes, New Zealand berkurung

WELLINGTON 17 Ogos – Satu kes positif Covid-19 dikesan, seluruh New Zealand dikenakan perintah berkurung – tujuh hari di Auckland dan tiga hari di wilayah-wilayah lain mulai Selasa, 17 Ogos. Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern berkata pihak berkuasa menganggap kes baharu itu melibatkan varian Delta walaupun ia belum lagi disahkan. Unit Kesihatan Awam Auckland sedang menjalankan temu bual dengan kes itu bagi tujuan pengesanan kontak. New Zealand melaporkan kira-kira 2,500 kes Covid-19 dan 26 kematian berkaitan koronavirus setakat ini. Kes yang dikesan di Auckland itu melibatkan seorang lelaki berusia…

Read More

Serah surat akuan pilih PM esok

KUALA LUMPUR 17 Ogos – Semua anggota Dewan Rakyat diarahkan supaya menghantar surat akuan kepada Istana Negara dan menamakan calon pilihan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri yang ke-9. Ahli-ahli Parlimen diberi masa selewat-lewatnya sehingga pukul 4 petang esok (18 Ogos) untuk mengemukakan surat akuan secara bertulis yang mesti disahkan benar. Arahan berkenaan dikeluarkan Yang Dipertua Dewan Rakyat,  Azhar Azizan Harun kepada semua Ahli Parlimen di atas titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Surat akuan itu juga perlu melengkapkan butiran yang disenaraikan antaranya meletakkan hanya satu calon…

Read More

PM : Nombor tidak jamin kestabilan

KATA Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi : “UMNO sebagai sebuah parti yang mempunyai pengalaman luas dan panjang dalam mentadbir negara, akan mempertimbangkan beberapa calon,” Dan paling terharu apabila beliau menyatakan “Demi kepentingan rakyat dan negara ketahuilah, saya tidak pernah terlintas untuk menamakan diri saya sebagai calon Perdana Menteri (PM) walaupun mengepalai sebuah parti terbesar,”. Itu kenyataan Ahmad Zahid semalam bagi mengulas ‘kejayaan’ UMNO yang turut membantu meruntuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang di dalamnya ada pimpinan UMNO sebagai anggota Kabinet. Ini contoh yang baik, sekurang-kurangnya membawa satu norma baharu politik…

Read More

Belum ada varian Lambda dikesan

PUTRAJAYA 17 Ogos – Kementerian Kesihatan belum mengesan kehadiran varian Lambda di negara ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau menafikan kemunculan varian itu ketika ditanya seorang pengguna di laman media sosial Twitter, pada Selasa. “Tidak betul, kajian penjujukan genom terbaharu menunjukkan kesemua 43 sampel adalah varian Delta sebagai Varian Of Concern (VOC) yang dominan. “Setakat ini tidak ada varian Lambda yang dikesan di negara kita,” katanya. Sementara itu, di KUCHING, Pengarah Kesihatan Sarawak Dr Mohamed Sapian Mohamed berkata, cara mencegah jangkitan Covid-19 tidak berubah tanpa mengira…

Read More