KUALA LUMPUR 27 Okt . – Pakatan Harapan (PH) menyerahkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban kepada calon Bersatu pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Melaka pada 14 November ini.
Justeru Pengarah Pilihan Raya PH, Amirudin Shari, menggesa semua parti komponen PH menghormati keputusan gabungan itu mengambil kira faktor persefahaman antara PH dan Bersatu selain ketetapan itu dibuat secara kolektif.
“Ini keputusan PH dan kita harus meletakkan (wakil Bersatu di DUN Bemban).Justeru, semua ahli parti wajar menghormati keputusan persefahaman dan parti masing-masing.
Kita di PH berbincang secara terbuka, melihat kepada sebarang kebarangkalian dan kemungkinan,” katanya pada sidang media di sini selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Sesi Penilaian Semula Gombak-Hulu Langat Geopark 2026,” katanya.
Sabtu lalu, bekas Pengerusi DAP Melaka, Damian Yeo, dilaporkan sanggup meninggalkan politik berbanding menyokong langkah PH menyerahkan kerusi DUN Bemban kepada calon Bersatu.
Bagaimanapun, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, DAP tidak meletakkan calon di DUN Bemban kali ini kerana menilai kerusi itu sukar dimenangi berdasarkan rekod prestasi parti pada pilihan raya lalu.
Pada pilihan raya lalu, calon Perikatan Nasional (PN) yang diwakili Bersatu, Dr Mohd Yadzil Yaakub memenangi kerusi itu dengan majorit 328 undi.
