Labuan sifar kes, Perlis meningkat

PUTRAJAYA 17 Ogos – Sifar kes di Labuan, Perlis pula tambah kes baharu dengan 37 kes berbanding 20 semalam manakala Selangor terus mendahului jumlah kes jangkitan positif Covid-19 merekodkan 5,753 kes berbanding 5,706 semalam.

Selain Selangor, tujuh lagi negeri merekodkan angka empat digit di mana Sabah merekodkan 2,103 kes baharu berbanding 1,728 semalam.

Kedah turut menambah kes baharu dengan jumlah yang lebih besar berbanding semalam iaitu dari 1,592 kes kepada 1,863 manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merekodkan 1,765 berbanding 1,360 semalam.

Johor merekodkan 1,309 kes (1,510 semalam), Pulau Pinang 1,275 (1,251), Kelantan 1,268 (1,227) dan Perak 1,101 (938).

Sementara itu Sarawak merekodkan 835 kes, penurunan yang ketara berbanding 1,566 semalam, Pahang 670 (646), Melaka 623 (1,120), Terengganu 498 (688), Negeri Sembilan 490 (343) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya 41 (43).

Related posts

Leave a Comment