Satu kes, New Zealand berkurung

WELLINGTON 17 Ogos – Satu kes positif Covid-19 dikesan, seluruh New Zealand dikenakan perintah berkurung – tujuh hari di Auckland dan tiga hari di wilayah-wilayah lain mulai Selasa, 17 Ogos.

Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern berkata pihak berkuasa menganggap kes baharu itu melibatkan varian Delta walaupun ia belum lagi disahkan.

Unit Kesihatan Awam Auckland sedang menjalankan temu bual dengan kes itu bagi tujuan pengesanan kontak.

New Zealand melaporkan kira-kira 2,500 kes Covid-19 dan 26 kematian berkaitan koronavirus setakat ini.

Kes yang dikesan di Auckland itu melibatkan seorang lelaki berusia 58 tahun yang dipercayai dijangkiti pada Khamis lalu.

Setakat ini, hanya 20 peratus penduduk Australia divaksinasi.

Related posts

Leave a Comment