Singapura lapor 56 kes baharu

SINGAPURA 17 Ogos – Singapura melaporkan 52 kes baharu Covid-19 jangkitan tempatan dan empat kes import setakat tengah hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 66,281 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 14 kes tanpa hubung kait, 35 kes dikaitkan dengan kes-kes sebelumnya dan sudah dikenakan kuarantin, dan tiga kes

tiga kes yang berhubung kait dikesan melalui ujian pemantauan.

Salah satu kes melibatkan, seorang warga emas berusia lebih 70 tahun yang belum divaksinasi dan berisiko sakit teruk.

Sebanyak empat kes import dilaporkan di mana tiga daripadanya dikesan setibanya di sini manakala satu kes dikesan semasa menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau tempoh pengasingan.

Related posts

Leave a Comment