Kes harian turun di Arab Saudi

RIYADH 17 Ogos – Arab Saudi terus merekodkan penurunan kes harian kepada 569 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 539,698 kes.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan,12 lagi kematian dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 8,431

Sebanyak 704 orang dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan yang sembuh sebanyak 524,765 orang.

Riyadh mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 132, diikuti Makkah 101, Jazan 61, daerah Timur 59.

Sebanyak 6,502 kes aktif dilaporkan dan 1,295 dalam keadaan kritikal..

Related posts

Leave a Comment