Kes di Filipina catat 1,765,675

MANILA 17 Ogos – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 10,035 kes baharu Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,765,675 kes.

Setakat pukul 4 petang, DoH juga merekodkan 96 lagi meninggal dunia yang menjadikan 30,462 kematian.

Pada masa yang sama jumlah kes sembuh meningkat kepada 1,629,426 orang atau 92.3 peratus daripada keseluruhan kes. Jumlah ini termasuk 10,858 pesakit yang dilaporkan sembuh hari ini

Kes aktif pula sebanyak 105,787 atau 6.0 peratus.

Sementara itu, setakat 15 Ogos lalu, sebanyak 18,697,647 orang telah mendapat suntikan vaksin masing-masing di mana 6,132,630 mendapat dos pertama manakala 12,565,017 telah lengkap divaksinasi .

Related posts

Leave a Comment