Thailand catat kematian tertinggi

BANGKOK 17 Ogos – Thailand merekodkan 20,128 kes jangkitan baharu Covid-19 dan 239 lagi meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 948,442 kes dan 7,973 kematian.

Daripada 20,128 kes, sebanyak 19,846 melibatkan orang awam dan 272 dalam kalangan banduan.

Angka kematian yang direkodkan hari ini adalah yang tertinggi selepas 235 kematian  direkodkan pada 10 Ogos lalu.

Kes sembuh pula sebanyak 20,791 menjadikan jumlah keseluruhan 730,437.

Bangkok bukan sahaja merekodkan kematian yang tinggi, 79 orang tetapi jugq mencatatkan kes harian tertinggi sebanyak 4,397 diikuti 1,843 di Samut Sakhon, 1,200 di Samut Prakan dan 1,182 di Han Buri.

Sepuluh kes import pula adalah dari Russia (2), Malaysia (5), Myanmar (1) and Cambodia (2).

Related posts

Leave a Comment