RIYADH 14 Ogos – Arab Saudi terus mencatatkan penurunan kes jangkitan harian Covid-19 dengan merekodkan 609 kes berbanding 681 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 537,983 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, 11 lagi kematian direkodkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 8,399 orang. Sebanyak 1,651 pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah pesakit pulih meningkat kepada 522,009. Terdapat 7,575 kes aktif dilaporkan dan 1,360 dalam keadaan kritikal. Sementara itu Riyadh merekodkan kes harian tertinggi dengan 161 kes diikuti Makkah 106, daerah Timur 74, dan Jazan 55 kes.
Read MoreDay: August 14, 2021
Vietnam lapor 349 kematian
HANOI 14 Ogos – Vietnam melaporkan 9,716 kes baharu Covid-19 hari ini termasuk enam kes import menjadikan jumlah keseluruhan 265,464 kes. Jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 9,180 semalam Sebanyak 349 lagi meninggal dunia, sebahagian besar di Ho Chi Minh City, iaitu 285 orang menjadikan jumlah keseluruhan 5,437 kematian.. Ho Chi Minh City juga merekodkan kes tertinggi iaitu 4,231 diikuti wilayah Selatan Bình Dương (2,029), Đồng Nai (1,023) dan Long An (653). Pada masa yang sama, sebanyak 4,247 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih meningkat kepada 96,985. Sebanyak 579 pesakit…
Read More96.7 peratus kes kategori 1 & 2
PUTRAJAYA 14 Ogos – Kes harian Covid-19 merekodkan 20,670 kes baharu, turun sedikit berbanding 21,468 kes semalam menjadikan jumlah kumulatif penularan wabak itu kini mencecah 1,384,353 jangkitan. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 260 kematian baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat virus itu adalah 12,228 kes. Kes sembuh pula meningkat kepada 1,128,183 orang apabila 17,655 lagi pesakit dilaporkan pulih manakala kes aktif dengan kebolehjangkitan yang direkodkan sehingga hari ini adalah 243,942 kes. Menurutnya lagi, 1,096 individu sedang menerima rawatan di unit rawatan…
Read MoreTurun naik kes di Indonesia
JAKARTA 14 Ogos – Jumlah kes masih naik turun. Hari ini Indonesia merekodkan 28,598 kes jangkitan berbanding 30,788 semalam dan 24,709 pada 12 Ogos, 30,625 (11 Ogos), 32,081 (10 Ogos), 20,709 (9 Ogos) dan 26,415 (8 Ogos). Berdasarkan data, hingga hari ini, Sabtu (14 Ogos 2021), jumlah pesakit Covid-19 di Indonesia berjumlah 3,833,541 orang. Menurut data Satuan Tugas Penanganan Covid-19, penambahan tertinggi adalah di Jawa Tengah sebanyak 4,560 kes diikuti Jawa Timur 3,232, Jawa Barat 2,164 dan Bali 1,795 kes. Sementara itu, pesakit Covid-19 yang sembuh hari ini adalah 31,880…
Read More96 kilang, premis perniagaan diarah tutup
PUTRAJAYA 14 Ogos – Sejumlah 96 kilang dan premis perniagaan diarah tutup oleh Pasukan Task Force Operasi Pematuhan lantaran gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Menteri Kanan Keselamatan, Hishammuddin Hussein berkata tindakan itu dilakukan hasil 77,326 pemeriksaan semalam. Dalam kenyataannya, beliau berkata, 149 individu dikompaun kerana ingkar SOP manakala enam individu direman kerana ingkar SOP. Melalui Operasi Benteng, Hishammuddin memaklumkan empat orang pendatang asing tanpa izin ditangkap selain empat kenderaan darat turut dirampas. Mengulas berkenaan pemantauan ke atas barangan keperluan harian, beliau berkata 773 pemantauan khas harian dilakukan ke atas…
Read MoreDua kluster, 42 kes baharu di Brunei
BANDAR SERI BEGAWAN 14 Ogos – Brunei Darussalam merekodkan dua lagi kluster baharu dan 42 kes jangkitan Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 640 kes. Menteri Kesihatan Dr Md Isham Jaafar berkata, kluster baharu itu dikenali sebagai Kluster BSP HQ yang merekodkan satu kes dan Kluster IBTE KB juga satu kes. Kluster sedia ada juga menambah kes baharu iaitu Kluster Imigresen tujuh kes, Kluster ABCi (4), Kluster Champion 7 (4), Kluster 477 (4), Kluster Chung Hua KB (3), Kluster Total (1), Kluster Semporna Enak (1), Kluster Al Falaah Freda Radin…
Read More14,249 kes, 233 kematian di Filipina
MANILA 14 Ogos – Sebanyak 14,249 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 1,727,231. Menurut Jabatan Kesihatan (DoH) setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 98,847 kes aktif dilaporkan atau 5.7 peratus daripada keseluruhan kes. Pada masa yang sama, sebanyak 11,714 pesakit dilaporkan sembuh dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 1,598,314 orang atau 92.5 peratus. DoH juga melaporkan 233 lagi pesakit meninggal dunia akibat Covid-19 dan ini membawa kepada 30,070 kematian setakat petang ini.
Read MoreLapan negeri catat empat digit
PUTRAJAYA 14 Ogos – Lapan negeri dan wilayah merekodkan empat digit kes baharu jangkitan Covid-19 hari ini yang menyaksikan Selangor terus mendahului kes diikuti Kuala Lumpur, Kedah, Sabah, Johor, Kelantan, Pulau Pinang dan Perak. Selangor menunjukkan penurunan kes dari 7,449 kepada 6,606, diikuti Kuala Lumpur 2,028 (2,183), Kedah 1,796 (1,807), Sabah 1,752 (1,654), Johor 1,425 (1,485), Kelantan 1,370 (1,088), Pulau Pinang 1,251 (1,316) dan Perak 1,003 (940). Wilayah Persekutuan Labuan tidak merekodkan sebarang kes baharu berbanding enam semalam manakala Perlis terus mencatatkan pertambahan kepada 61 kes berbanding 50 semalam. Kecuali…
Read More57 kes, satu kematian di Singapura
SINGAPURA 14 Ogos – Singapura melaporkan 57 kes baharu jangkitan tempatan Covid-19 dan satu lagi kes import setakat tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 66,119 kes. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), 17 kes tidak berhubung kait dengan kes-kes terdahulu, 29 kes dikaitkan dengan kes sebelumnya dan telah dikuarantin dan 11 kes berhubung kait dikesan menerusi ujian pemantauan. Dalam kalangan kes berkenaan, satu kes membabitkan pesakit berusia lebih 70 tahun yang belum divaksinasi dan berisiko mengalami sakit teruk. Satu kes import pula dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan setibanya di…
Read MoreBelum masanya dos penggalak
PUTRAJAYA 14 Ogos – Suntikan penggalak vaksin Covid-19 tidak perlu dalam tempoh terdekat walaupun Kementerian Kesihatan (KKM) tidak menolak keperluan berkenaan bagi memastikan keberkesanan pelalian itu. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pemberian dos berkenaan perlu dipertimbangkan secara menyeluruh terlebih dahulu. “Saya berpandangan kita memerlukan dos penggalak tetapi pemberiannya bukanlah dalam masa terdekat ini,” katanya pada Persidangan Penjagaan Kesihatan 2021 secara maya, hari ini. Beliau berkata, kebiasaannya vaksin mempunyai tindak balas imun dalam tempoh lapan bulan hingga setahun. Justeru banyak bukti dan data diperlukan sebelum pelaksanaan dos penggalak…
Read More