Kes harian turun di Arab Saudi

RIYADH 14 Ogos – Arab Saudi terus mencatatkan penurunan kes jangkitan harian Covid-19 dengan merekodkan 609 kes berbanding 681 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 537,983 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan, 11 lagi kematian direkodkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 8,399 orang.

Sebanyak 1,651 pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah pesakit pulih meningkat kepada 522,009.

Terdapat 7,575 kes aktif dilaporkan dan 1,360 dalam keadaan kritikal.

Sementara itu Riyadh merekodkan kes harian tertinggi dengan 161 kes diikuti Makkah 106, daerah Timur 74, dan Jazan 55 kes.

Related posts

Leave a Comment