Turun naik kes di Indonesia

JAKARTA 14 Ogos – Jumlah kes masih naik turun. Hari ini Indonesia merekodkan 28,598 kes jangkitan berbanding 30,788 semalam dan 24,709 pada 12 Ogos, 30,625 (11 Ogos), 32,081 (10 Ogos), 20,709 (9 Ogos) dan 26,415 (8 Ogos).

Berdasarkan data, hingga hari ini, Sabtu (14 Ogos 2021), jumlah pesakit Covid-19 di Indonesia berjumlah 3,833,541 orang.

Menurut data Satuan Tugas Penanganan Covid-19, penambahan tertinggi adalah di Jawa Tengah sebanyak 4,560 kes diikuti Jawa Timur 3,232, Jawa Barat 2,164 dan Bali 1,795 kes.

Sementara itu, pesakit Covid-19 yang sembuh hari ini  adalah 31,880 orang, menjadikan jumlahnya 3,321,598 manakala jumlah kematian pula meningkat kepada

116.366 orang berikutan 1,270 lagi meninggal dunia.

Jumlah kes aktif pula adalah 395,577 orang.

Related posts

Leave a Comment