Lapan negeri catat empat digit

PUTRAJAYA 14 Ogos – Lapan negeri dan wilayah merekodkan empat digit kes baharu jangkitan Covid-19 hari ini yang menyaksikan Selangor terus mendahului kes diikuti Kuala Lumpur, Kedah, Sabah, Johor, Kelantan, Pulau Pinang dan Perak.

Selangor menunjukkan penurunan kes dari 7,449 kepada 6,606, diikuti Kuala Lumpur 2,028 (2,183), Kedah 1,796 (1,807), Sabah 1,752 (1,654), Johor 1,425 (1,485), Kelantan 1,370 (1,088), Pulau Pinang 1,251 (1,316) dan Perak 1,003 (940).

Wilayah Persekutuan Labuan tidak merekodkan sebarang kes baharu berbanding enam semalam manakala Perlis terus mencatatkan pertambahan kepada 61 kes berbanding 50 semalam.

Kecuali Wilayah Persekutuan Putrajaya yang merekodkan 51 kes berbanding 66 semalam, negeri-negeri lain mencatatkan lebih 500 kes.

Pahang merekodkan 794 kes berbanding 572 semalam diikuti Negeri Sembilan 727 (974), Sarawak 725 (715), Terengganu 560 (440) dan Melaka 521 (723).

Related posts

Leave a Comment