96 kilang, premis perniagaan diarah tutup

PUTRAJAYA 14 Ogos – Sejumlah 96 kilang dan premis perniagaan diarah tutup oleh Pasukan Task Force Operasi Pematuhan lantaran gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Menteri Kanan Keselamatan, Hishammuddin Hussein berkata tindakan itu dilakukan hasil 77,326 pemeriksaan semalam.

Dalam kenyataannya, beliau berkata, 149 individu dikompaun kerana ingkar SOP manakala enam individu direman kerana ingkar SOP.

Melalui Operasi Benteng, Hishammuddin memaklumkan empat orang pendatang asing tanpa izin ditangkap selain empat kenderaan darat turut dirampas.

Mengulas berkenaan pemantauan ke atas barangan keperluan harian, beliau berkata 773 pemantauan khas harian dilakukan ke atas 10 jenis barangan keperluan asas oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“KPDNHEP juga telah melakukan 2,325 pemeriksaan khas dan daripada jumlah itu, semua premis mematuhi SOP,” katanya.

Related posts

Leave a Comment