TEHRAN – Siapa pun yang memenangi Pilihan Raya Presiden di Amerika Syarikat (AS) tidak akan membawa perbezaan kepada Iran, kata Presidennya, Masoud Pezeshkian.
Pezeshkian berkata, rakyat Iran bergantung kepada kekuatan dalaman mereka, sambil memuji rakyatnya yang mempunyai harga diri.
Beliau juga berkata, Iran tidak mempunyai pandangan yang terbatas dalam mengembangkan hubungan dengan negara-negara lain.
Katanya, pengembahgan hubungan dengan negara-negara Islam dan jiran merupakan salah satu keutamaan tertinggi Iran.
Presiden Iran itu turut menyeru pembentukan perpaduan dan kesatuan dalam kalangan negara-negara Islam.
“Jika semua negara dalam dunia Islam bersatu sebagai saudara, kerajaan Israel tidak akan berani melakukan jenayah terhadap rakyat Palestin dan Lubnan yang tertindas,” tegasnya.
Nn
