Vietnam lapor 349 kematian

HANOI 14 Ogos – Vietnam melaporkan 9,716 kes baharu Covid-19 hari ini termasuk enam kes import menjadikan jumlah keseluruhan 265,464 kes.

Jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 9,180 semalam

Sebanyak 349 lagi meninggal dunia, sebahagian besar di Ho Chi Minh City, iaitu 285 orang menjadikan jumlah keseluruhan 5,437 kematian..

Ho Chi Minh City juga merekodkan kes tertinggi iaitu 4,231 diikuti wilayah Selatan Bình Dương (2,029), Đồng Nai (1,023) dan Long An (653).

Pada masa yang sama, sebanyak 4,247 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih meningkat kepada 96,985.

Sebanyak 579 pesakit dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi.

Sementara itu,bagi program vaksinasi, sebanyak  13,772,920 dos telah disuntik yang meliputi 12,500,947 dos pertama dan 1,271,973 dos kedua.

Related posts

Leave a Comment