14,249 kes, 233 kematian di Filipina

MANILA 14 Ogos – Sebanyak 14,249 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 1,727,231.

Menurut Jabatan Kesihatan (DoH) setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 98,847 kes aktif dilaporkan atau 5.7 peratus daripada keseluruhan kes.

Pada masa yang sama, sebanyak 11,714 pesakit dilaporkan sembuh dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 1,598,314 orang atau 92.5 peratus.

DoH juga melaporkan 233 lagi pesakit meninggal dunia akibat Covid-19 dan ini membawa kepada 30,070 kematian setakat petang ini.

Related posts

Leave a Comment