Kes harian tertinggi Malaysia

PUTRAJAYA 12 Ogos – Kes positif jangkitan Covid-19 sekali lagi mencatatkan angka tertinggi hari ini apabila 21,668 kes dilaporkan. Kementerian Kesihatan (KKM) turut merekodkan 17,687 kes sembuh sepenuhnya dan dengan ini kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 237,021 atau 17.66 peratus daripada keseluruhan kesKetua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dengan pertambahan kes hari ini, sejumlah 1,342,215 kes positif Covid-19 sudah dikesan sejak Januari 2020 manakala 1,093,503 kes sudah sembuh sepenuhnya. Sebanyak 21,610 kes adalah penularan tempatan dengan 18,332 daripadanya warganegara (84.8 peratus) dan 3,278 bukan warganegara (15.2 peratus) manakala…

Read More

766 kes baharu Saudi, 12 kematian

RIYADH 12 Ogos – Arab Saudi merekodkan 766 kes baharu Covid-19 dan 12 lagi kematian dalam tempoh 24 jam. Menurut Kementerian Kesihatan,  jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di negara itu meningkat kepada 536,693 kes dan 8,378 kematian. Dalam tempoh 24 jam, seramai 1,532 pesakit dilaporkan sembuh dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sebanyak 518,911. Sementara itu, Riyadh merekodkan kes harian tertinggi dengan 133 kes diikuti Makkah 127, daerah Timur 113 dan Asir 80. Sebanyak 9,404 kes aktif juga dilaporkan dan 1,387 daripada mereka dalam keadaan kritikal. MoH juga memaklumkan…

Read More

PKPD lokaliti empat negeri

PUTRAJAYA 12 Ogos – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di 14 lokaliti di Sabah, Kelantan, Pahang dan Sarawak selama dua minggu bermula Sabtu ini hingga 27 Ogos depan. Menteri Kanan Luar Negeri, Hishammuddin Hussein, berkata PKPD di Sabah membabitkan dua lokaliti di Keningau dan masing-masing satu di Kota Kinabalu, Sipitang dan Kota Belud. PKPD di Keningau membabitkan dua kilang di Batu 27 dan Batu 28, Jalan Sook iaitu Kilang Bumi Timber Sdn Bhd serta kuarters pekerja dan Perusahaan Kosinar Sdn Bhd serta kuarters pekerja. PKPD turut dilaksanakan di…

Read More

Sabah lepasi 100,000 kes jangkitan

PUTRAJAYA 12 Ogos – Tujuh negeri mencatatkan jumlah kes empat angka dengan Sabah merekodkan jumlah keseluruhan melepasi 100,000 kes hari ini apabila 2,052 lagi kes baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 100,031 kes. Selangor masih mendahului negeri-negeri lain dengan 6,278 kes berbanding 6,921 semalam diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2,436 kes (2,065), Kedah 2,143 (1,534), Johor 1,706 (1,693), Pulau Pinang 1,229 (1,385) dan Sarawak 1,216 (634). Kelantan yang merekodkan 1,284 kes semalam mencatatkan 972 kes , Perak 930 (828) dan Negeri Sembilan yang merekodkan 1,015 kes semalam mencatatkan 899 kes hari ini.…

Read More

Filipina capai 1.7 juta kes

MANILA 11 Ogos – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 12,439  kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 1,700,363 kes. Setakat pukul 4 petang ini, DoH juga merekodkan 165 lagi pesakit berkaitan Covid-19 meninggal dunia yang membawa kepada jumlah kumulatif 29,539 kematian. Kes sembuh pula meningkat kepada 1,583,161 atau 93.1 peratus termasuk 6,090 yang dilaporkan sembuh hari ini. Kes aktif pula 87,663 atau 5.2 peratus daripada keseluruhan kes.

Read More

59 kes baharu, kematian ke-43

SINGAPURA 12 Ogos – Singapura melaporkan 59 kes jangkitan Covid-19 hari ini, kesemuanya kes tempatan menjadikan jumlah keseluruhan 66,012 kes dengan 43 kematian akibat penyakit itu. Menurut Kementerian Kesihatan, kes hari ini termasuk 19 yang tidak berhubung kait dengan kes-kes terdahulu. Lima kes yang dilaporkan hari ini melibatkan warga emas berusia lebih 70 tahun yang tidak divaksinasi atau belum selesai divaksin dan “berisiko menghidap penyakit serius”. Sebanyak 26 jangkitan dikaitkan dengan kes terdahulu dan sudah dikuarantin manakala 14 kes lagi berhubung kait dengan jangkitan sebelumnya dan dikesan menerusi ujian pemantauan.…

Read More

Brunei terus tambah kes Covid-19

BANDAR SERI BEGAWAN 12 Ogos – Brunei Darussalam terus mencatatkan peningkatan kes jangkitan Covid-19 hari ini dengan merekodkan 49 kes baharu, kesemuanya kes tempatan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 543 kes Menteri Kesihatan Dr Md Isham Jaafar berkata, tiga kluster baharu yang menyumbang 12 kes telah dikesan iaitu Kluster Dragon Boat (6 kes), Kluster 499 (3 kes) dan Kluster Champion 7 (3 kes). Bercakap pada sidang media situasi Covid-19 petang ini, beliau memaklumkan kes terbanyak melibatkan Kluster Chung Hua sebanyak 21 kes, Kluster Dragon Boat (6), Kluster ABCi (4), Kluster…

Read More

Gara-gara satu kes, Canberra berkurung

CANBERRA 12 Ogos – Disebabkan satu kes Covid-19 yang tidak diketahui puncanya, ibu negara Australia, Canberra, dikenakan perintah berkurung selama tujuh hari bermula hari ini, Khamis. Kira-kira 400,000 penduduk akan diletakkan di bawah perintah duduk di rumah bermula pukul 5 petang (waktu tempatan), sekali gus menyertai jutaan penduduk lain di tenggara Australia yang sebelum ini sudahpun dikenakan perintah yang sama. “Ini adalah risiko kesihatan awam paling serius yang kita hadapi di wilayah ini tahun ini, malah, sejak pandemik bermula,” kata Ketua Menteri Wilayah Persekutuan Australia Andrew Barr pada satu sidang…

Read More

NZ cadang buka sempadan 2022

WELLINGTON 12 Ogos – New Zealand bercadang membuka semula sempadannya secara bertahap dengan membenarkan kemasukan tanpa kuarantin bagi pengembara yang lengkap divaksin dari negara berisiko rendah awal tahun depan. Perdana Menteri, Jacinda Arden berkata, kerajaan akan beralih ke model pelan pemulihan baharu selepas negars itu ditutup sejak tahun lalu akibat Covid-19. Di bawah cadangan pembukaan semula, pengembara antarabangsa akan dinilai berdasarkan status vaksinasi dan rekod perjalanan ke negara berisiko sederhana dan tinggi. Berdasarkan penilaian itu, katanya, kerajaan akan menentukan sama ada mereka tidak perlu menjalani kuarantin, melaksanakan pengasingan diri atau…

Read More

Rekod kes harian tertinggi Thailand

BANGKOK 12 Ogos – Thailand sekali lagi merekodkan kes jangkitan harian tertinggi Covid-19 apabila mencatatkan 22,782 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 839,771 kes. Kementerian Kesihatan Awam melaporkan sebanyak 147 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 6,942 kematian. Untuk rekod, jumlah jangkitan tertinggi  sebelum ini adalah pada 7 Ogos lalu yang merekodkan 21,838 kes dengan jumlah kematian juga tertinggi iaitu 212 orang. Daripada jumlah kes baharu itu, 22,407 kes adalah dalam kalangan orang awam termasuk lapan kes import dan 375 lagi dalam kalangan banduan. Bangkok merekodkan…

Read More