766 kes baharu Saudi, 12 kematian

RIYADH 12 Ogos – Arab Saudi merekodkan 766 kes baharu Covid-19 dan 12 lagi kematian dalam tempoh 24 jam.

Menurut Kementerian Kesihatan,  jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di negara itu meningkat kepada 536,693 kes dan 8,378 kematian.

Dalam tempoh 24 jam, seramai 1,532 pesakit dilaporkan sembuh dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sebanyak 518,911.

Sementara itu, Riyadh merekodkan kes harian tertinggi dengan 133 kes diikuti Makkah 127, daerah Timur 113 dan Asir 80.

Sebanyak 9,404 kes aktif juga dilaporkan dan 1,387 daripada mereka dalam keadaan kritikal.

MoH juga memaklumkan lebih 31 juta dos vaksin sudah disuntik dan lebih 10 juta orang sudah mendapat vaksin sepenuhnya.

Related posts

Leave a Comment