PKPD lokaliti empat negeri

PUTRAJAYA 12 Ogos – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di 14 lokaliti di Sabah, Kelantan, Pahang dan Sarawak selama dua minggu bermula Sabtu ini hingga 27 Ogos depan.

Menteri Kanan Luar Negeri, Hishammuddin Hussein, berkata PKPD di Sabah membabitkan dua lokaliti di Keningau dan masing-masing satu di Kota Kinabalu, Sipitang dan Kota Belud.

PKPD di Keningau membabitkan dua kilang di Batu 27 dan Batu 28, Jalan Sook iaitu Kilang Bumi Timber Sdn Bhd serta kuarters pekerja dan Perusahaan Kosinar Sdn Bhd serta kuarters pekerja.

PKPD turut dilaksanakan di Taman Puri Warisan, Kota Kinabalu; Kampung Pengiran, Sipitang dan Kampung Wokok Kinuta, Kota Belud.

Hishammuddin berkata, PKPD di Kelantan membabitkan lima kampung di Pasir Mas iaitu empat kampung di Mukim Alor Pasir iaitu Kampung Chenerai, Kampung Lubok Kawah, Kampung Pohon Tanjong dan Kampung Pak Jak serta sebahagian Kampung Landar di Mukim Kubang Gadong.

PKPD di Kelantan turut membabitkan Kampung Kubang Sawa di Tumpat.

Selain itu, PKPD juga dilaksanakan di dua lokaliti di Pahang iaitu Kampung Bongkok, Bera dan Kampung Gadak, Rompin.

PKPD mulai Sabtu ini turut membabitkan kuarters pekerja Sri Datai Mining Sdn Bhd di Mukah, Sarawak.

Related posts

Leave a Comment