Rekod kes harian tertinggi Thailand

BANGKOK 12 Ogos – Thailand sekali lagi merekodkan kes jangkitan harian tertinggi Covid-19 apabila mencatatkan 22,782 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 839,771 kes.

Kementerian Kesihatan Awam melaporkan sebanyak 147 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 6,942 kematian.

Untuk rekod, jumlah jangkitan tertinggi  sebelum ini adalah pada 7 Ogos lalu yang merekodkan 21,838 kes dengan jumlah kematian juga tertinggi iaitu 212 orang.

Daripada jumlah kes baharu itu, 22,407 kes adalah dalam kalangan orang awam termasuk lapan kes import dan 375 lagi dalam kalangan banduan.

Bangkok merekodkan 4,854 kes baharu diikuti Samut Sakhon 1,779, Samut Prakan 1,736, Chonburi 1,666, Nonthaburi 729, Si Sa Ket 623, Nakhon Pathom 621, Ubon Ratchathani 477, aburi Ram 441 dan Ayutthaya 410.

Dalam tempoh 24 jam yang lepas, 23,649 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital.

Sejak 1 April, bermulanya gelombang ketiga, terdapat 810,908 kes Covid-19 dengan  596,375 dilaporkan sembuh dan 6,848 kematian.

Sejak pandemik bermula awal tahun lalu pula, sebanyak 839,771 kes dan 623,801 kes sembuh dilaporkan dengan jumlah kematian 6,942 orang.

Lapan kes import pula melibatkan ketibaan dari Indonesia (1), United Kingdom (1), Emiriyah Arab Bersatu (1), Malaysia (2) dan Myanmar (3).

Setakat semalam, sebanyak 209,028 pesakit menerima rawatan di hospital termasuk 5,495 yang kritikal dan 1,103 memerlukan bantuan pernafasan.

Semalam, sebanyak 545,844 dos vaksin disuntik menjadikan 21.7 juta dos.

Related posts

Leave a Comment