Filipina capai 1.7 juta kes

MANILA 11 Ogos – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 12,439  kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 1,700,363 kes.

Setakat pukul 4 petang ini, DoH juga merekodkan 165 lagi pesakit berkaitan Covid-19 meninggal dunia yang membawa kepada jumlah kumulatif 29,539 kematian.

Kes sembuh pula meningkat kepada 1,583,161 atau 93.1 peratus termasuk 6,090 yang dilaporkan sembuh hari ini.

Kes aktif pula 87,663 atau 5.2 peratus daripada keseluruhan kes.

Related posts

Leave a Comment