Sabah lepasi 100,000 kes jangkitan

PUTRAJAYA 12 Ogos – Tujuh negeri mencatatkan jumlah kes empat angka dengan Sabah merekodkan jumlah keseluruhan melepasi 100,000 kes hari ini apabila 2,052 lagi kes baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 100,031 kes.

Selangor masih mendahului negeri-negeri lain dengan 6,278 kes berbanding 6,921 semalam diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2,436 kes (2,065), Kedah 2,143

(1,534), Johor 1,706 (1,693), Pulau Pinang 1,229 (1,385) dan Sarawak 1,216 (634). Kelantan yang merekodkan 1,284 kes semalam mencatatkan 972 kes , Perak 930 (828) dan Negeri Sembilan yang merekodkan 1,015 kes semalam mencatatkan 899 kes hari ini.

Pahang mencatatkan 629 kes berbanding 585 semalam, Terengganu 594 (613), Melaka 494 (636), Putrajaya 56 (41) dan Labuan 11 (3).

Perlis pula merekodkan 23 kes berbanding 29 kes semalam.

Related posts

Leave a Comment