Kes turun di Indonesia

JAKARTA 8 Ogos – Kes positif harian menunjukkan penurunan apabila merekodkan 26,415 kes berbanding 31,753 yang direkodkan semalam dan 39,532 pada 6 Ogos.menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 3,666,031 kes. Jawa Tengah mendahului kes positif tertinggi dengan 4.693 kes, Jawa Timur 2.537, Jawa Barat 2.248, Jakarta 1.649 dan Kalimantan Timur 1.576. Sebanyak 48,508 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 3.084.702 orang.manakala kes aktif kini sebanyak 474.233 orang. Lima provinsi merekodkan kes sembuh harian tertinggi didahului Jawa Barat 18,803, diikuti Jawa Tengah 5.370 orang, Jawa Timur 3.527 orang, Yogyakarta 2.090 orang  serta Riau…

Read More

Kes lebih rendah di Arab Saudi

RIYADH 8 Ogos – Arab Saudi terus mencatatkan jumlah kes yang lebih rendah hari ini apabila merekodkan 731 jangkitan baharu Covid-19 berbanding 850 yang dilaporkan semalam dengan jumlah kematian 14 orang. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 533,516 serta 8,334 kematian. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 620 pesakit dilaporkan sembuh dan ini menjadikan jumlah mereka yang pulih adalah 514,982. Sementara itu Makkah merekodkan kes harian tertinggi iaitu 151, diikuti daerah Timur 132,  Riyadh 129, dan Jazan  67 kes jangkitan.. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 10,200 kes aktif…

Read More

17 kes, tiga kluster aktif di Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN 8 Ogos – Brunei Darussalam hari ini terus menambah kes jangkitan tempatan apabila merekodkan 15 kes baharu, selepas tujuh kes tempatan pertama dilaporkan selepas lebih setahun. Untuk rekod, Brunei Darussalam merekodkan kes jangkitan tempatan terakhir pada 6 Mei 2020 dan sejak itu hanya merekodkan kes import yang kini meningkat 201 kes termasuk tiga kes baharu semalam dan hari ini. Menteri Kesihatan, Dr Md Isham Jaafar dalam sidang media petang ini berkata, dua kes import turut dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 364 kes. Katanya, lima daripada kes berkenaan…

Read More

360 kematian harian tertinggi

PUTRAJAYA 8 Ogos – Kes kematian harian terus merekodkan angka tertinggi dengan 360 kematian baharu dilaporkan hari ini bersama 18,688 kes jangkitan baharu termasuk 10 kes import. Dengan perkembangan ini, jumlah kumulatif kematian adalah 10,749 kes manakala jumlah keseluruhan kes pula sebanyak 1,262,540 kes. Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes aktif dengan kebolehjangkitan pula merekodkan 225,393 kes termasuk 1,095 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 571 kes memerlukan bantuan pernafasan. Kes sembuh pula sebanyak 17,055 kes dan jumlah kumulatifnya adalah 1,026,398 kes. Daripada 18,688…

Read More

78 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 8 Ogos – Singapura melaporkan 73 kes tempatan baharu Covid-19 dan lima kes import setakat pukul 12 tengah hari ini. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), 12 kes tempatan tiada hubung kait dengan kes-kes terdahulu, 43 kes yang berhubung kait dengan kes-kes sebelumnya telah dikuarantin dan sembilan kes lagi dikesan melalui ujian pemantauan. Dalam kalangan kes baharu Covid-19 adalah lima warga tua berusia 70 tahun ke atas yang belum divaksin sama sekali atau baru menerima satu dos suntikan vaksin dan berisiko sakit teruk.. Sementara itu, lima kes import telah diletakkan di…

Read More

Ingatan PM risiko tinggi ‘dine-in’

PUTRAJAYA 8 Ogos – Individu yang sudah lengkap vaksinasi dibenarkan untuk ‘dine-in’ atau makan di restoran bermula Selasa ini tetapi terhad untuk mereka yang menetap di negeri yang sudah berada di bawah fasa dua dan seterusnya Pelan Pemulihan Negara (PN). Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin bagaimanapun mengingatkan risiko dine-in yang amat tinggi kerana pelitup muka dibuka ketika makan dan berbual bersama rakan ketika makan di meja dan ini mendedahkan jangkitan. “Sehubungan itu, saya nasihatkan orang ramai ‘dine-in’ bila perlu saja dan tidak meluangkan masa terlalu lama. Pilihlah premis yang mempunyai sistem…

Read More

282 kes baharu di tiga wilayah

MELBOURNE 8 Ogos – Tiga wilayah Australia dengan jumlah penduduk paling ramai – New South Wales (NSW), Victoria dan Queensland – melaporkan jumlah keseluruhan 282 kes baharu Covid-19 hari ini. NSW melaporkan 262 kes baharu, lebih rendah berbanding 319 kes pada Sabtu, ketika lebih lima juta penduduk di daerah tepi pantai Sydney sudah enam minggu menjalani tempoh sekatan pergerakan yang ketat. “Saya menggesa orang ramai supaya tolong mematuhi peraturan, nasihat kesihatan dan hanya keluar rumah jika benar-benar perlu,” kata Ketua Menteri NSW Gladys Berejiklian pada satu sidang media. Terdapat 362…

Read More

Julai bulan terburuk Myanmar

YANGON 8 Ogos – Gelombang ketiga jangkitan Covid-19 di Myanmar melumpuhkan sistem kesihatan negara itu di mana Julai merupakan bulan terburuk apabila 50 peratus daripada 11,500 kematian adalah berkaitan dengan Covid-19. Lebih memburukkan keadaan, apabila rakyat dan aktivis hak asasi manusia mendakwa junta tentera Myanmar menggunakan alasan Covid-19 untuk terus memegang kuasa. Bekalan oksigen perubatan juga dilaporkan hampir habis, dan junta tentera mengawal pembelian peribadi tangki oksigen di kebanyakan tempat. Dakwaan secara meluas menyebut stok oksigen hanya diberikan kepada penyokong junta dan hospital yang dikendalikan oleh tentera. Pada waktu sama,…

Read More

Filipina lapor 9,671 kes baharu

MANILA 8 Ogos – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina melaporkan 9,671 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 1,658,916 kes. Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 287 lagi pesakit berkaitan Covid-19 meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 29,122 orang. Kes pesakit sembuh pula meningkat kepada 1,552,278 orang atau 93.6 peratus selepas 8,079 orang lagi dilaporkan pulih. Kes aktif pula sebanyak 77,516 atau 4.7 peratus daripada keseluruhan kes.

Read More

Johor lepasi 100,000 kes

PUTRAJAYA 8 Ogos – Johor melepasi angka jangkitan 100,000 hari ini apabila 1,308 kes baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 100,452, negeri ketiga merekodkan enam angka selepas Selangor 465,015 dan Kuala Lumpur 140,404. Ketika jumlah kes seluruh negara hari ini turun kepada 18,688 berbanding 19,257 semalam, Selangor masih mendahului kes harian dengan 6,565 berbanding 7,084 semalam dan Kuala Lumpur 1,883 berbanding 2,450 semalam. Tiga lagi negeri yang melepasi 1,000 kes adalah Kedah 1,610 berbanding 1,514 semalam, Sabah 1,379 (1,255) dan Negeri Sembilan 1,140 (884). Melepasi 500 kes adalah Kelantan 870 berbanding…

Read More