17 kes, tiga kluster aktif di Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN 8 Ogos – Brunei Darussalam hari ini terus menambah kes jangkitan tempatan apabila merekodkan 15 kes baharu, selepas tujuh kes tempatan pertama dilaporkan selepas lebih setahun.

Untuk rekod, Brunei Darussalam merekodkan kes jangkitan tempatan terakhir pada 6 Mei 2020 dan sejak itu hanya merekodkan kes import yang kini meningkat 201 kes termasuk tiga kes baharu semalam dan hari ini.

Menteri Kesihatan, Dr Md Isham Jaafar dalam sidang media petang ini berkata, dua kes import turut dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 364 kes.

Katanya, lima daripada kes berkenaan adalah merupakan kontak rapat kes sebelum ini

Kes baharu hari ini turut melibatkan kanak-kanak berusia 6 dan 8 tahun serta remaja berusia 13 dan 16 tahun serta warga emas.

Dua kes import pula melibatkan dua lelaki yang tiba dari Manila pada 4 Ogos dengan penerbangan Royal Brunei  BI684.

Tiga kluster aktif dikesan berikutan penemuan kes baharu itu iaitu Kluster Al-Falah, Kluster Total dan Kluster Starlodge .

Setakat ini, 294 kes sembuh dilaporkan dengan tiga kematian.

Related posts

Leave a Comment