Kes turun di Indonesia

JAKARTA 8 Ogos – Kes positif harian menunjukkan penurunan apabila merekodkan 26,415 kes berbanding 31,753 yang direkodkan semalam dan 39,532 pada 6 Ogos.menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 3,666,031 kes.

Jawa Tengah mendahului kes positif tertinggi dengan 4.693 kes, Jawa Timur 2.537, Jawa Barat 2.248, Jakarta 1.649 dan Kalimantan Timur 1.576.

Sebanyak 48,508 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 3.084.702 orang.manakala kes aktif kini sebanyak 474.233 orang.

Lima provinsi merekodkan kes sembuh harian tertinggi didahului Jawa Barat 18,803, diikuti Jawa Tengah 5.370 orang, Jawa Timur 3.527 orang, Yogyakarta 2.090 orang  serta Riau 2.016 orang. 

Sementara, pesakit yang meninggal dunia juga bertambah sebanyak 1,498 kes dan kumulatifnya mencapai 107.096 kes

Jawa Tengah merekodkan kematian tertinggi iaitu 351 kes dan kumulatifnya 22.603, Jawa Timur 304 kes , Lampung 106 kes, Kalimantan Timur 90 kes dan Kalimantan Tengah menambahkan 66 kes..

Bagi program vaksinasi, sebanyak 696,117 menerima dos pertama dan menjadikannya 50.497.940 orang sementara 432.059 menerima dos kedua menjadikan  23.777.323 menerima dos lengkap

Related posts

Leave a Comment