Kes lebih rendah di Arab Saudi

RIYADH 8 Ogos – Arab Saudi terus mencatatkan jumlah kes yang lebih rendah hari ini apabila merekodkan 731 jangkitan baharu Covid-19 berbanding 850 yang dilaporkan semalam dengan jumlah kematian 14 orang.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 533,516 serta 8,334 kematian.

Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 620 pesakit dilaporkan sembuh dan ini menjadikan jumlah mereka yang pulih adalah 514,982.

Sementara itu Makkah merekodkan kes harian tertinggi iaitu 151, diikuti daerah Timur 132,  Riyadh 129, dan Jazan  67 kes jangkitan..

Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 10,200 kes aktif direkodkan dan 1,405 dalam keadaan kritikal.

Mengenai program vaksinasi, sebanyak 29 juta dos telah diberikan kepada orang ramai

Related posts

Leave a Comment