Kurangkan kos ujian saringan – Jokowi

JAKARTA 16 Ogos – Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) mengarahkan Menteri Kesihatan Budi Gunadi Sadikin memastikan kos ujian saringan reverse transcriptase-polymerase chain reaction’ atau RT-PCR bagi COVID-19 dikurangkan.

Pada masa yang sama, Jokowi juga meminta supaya hasil ujian saringan itu boleh diketahui dalam masa 24 jam.

Jokowi melalui ucapan menerusi menerusi siaran di Youtube Sekretariat Presiden semalam berkata, kos ujian saringan perlu ditetapkan pada harga sekitar Rp450,000 (RM135) sehingga Rp 550,000 (RM165) saja.

“Saya sudah berbincang dengan Menteri Kesihatan (Budi Gunadi Sadikin) mengenai hal ini, saya minta biaya ujian RT-PCR dipastikan berada dalam lingkungan harga ini.

“Penurunan harga standard ujian RT-PCR perlu menjadi upaya kita untuk banyakkan ujian dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Ketika ini harga atau kos RT-PCR di Jakarta adalah di sekitar Rp800,00 (RM240) hingga Rp1 juta (RM300) manakala ujian antigen sekitar Rp75,000 hingga Rp200,000 (RM22-RM60).

Tahun lalu, harga ujian RT-PCR di semua hospital di seluruh Indonesia ditetapkan pada Rp900,000 (RM265) dan hanya perlu dibayar oleh penduduk yang membuat ujian tanpa arahan pihak berkuasa kesihatan.

Manakala, mereka yang menjalani ujian RT-PCR atas keperluan mengesan kontak rapat pesakit Covid-19 yang disediakan oleh kerajaan adalah percuma.

Related posts

Leave a Comment