78 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 8 Ogos – Singapura melaporkan 73 kes tempatan baharu Covid-19 dan lima kes import setakat pukul 12 tengah hari ini.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), 12 kes tempatan tiada hubung kait dengan kes-kes terdahulu, 43 kes yang berhubung kait dengan kes-kes sebelumnya telah dikuarantin dan sembilan kes lagi dikesan melalui ujian pemantauan.

Dalam kalangan kes baharu Covid-19 adalah lima warga tua berusia 70 tahun ke atas yang belum divaksin sama sekali atau baru menerima satu dos suntikan vaksin dan berisiko sakit teruk..

Sementara itu, lima kes import telah diletakkan di bawah Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sejurus tiba di negara ini. Semua kes itu dikesan sebaik tiba di Singapura.

Setakat ini, Singapura melaporkan jumlah terkumpul sebanyak 65,764 kes Covid-19 dengan 43 kematian.

Related posts

Leave a Comment