Ingatan PM risiko tinggi ‘dine-in’

PUTRAJAYA 8 Ogos – Individu yang sudah lengkap vaksinasi dibenarkan untuk ‘dine-in’ atau makan di restoran bermula Selasa ini tetapi terhad untuk mereka yang menetap di negeri yang sudah berada di bawah fasa dua dan seterusnya Pelan Pemulihan Negara (PN).

Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin bagaimanapun mengingatkan risiko dine-in yang amat tinggi kerana pelitup muka dibuka ketika makan dan berbual bersama rakan ketika makan di meja dan ini mendedahkan jangkitan.

“Sehubungan itu, saya nasihatkan orang ramai ‘dine-in’ bila perlu saja dan tidak meluangkan masa terlalu lama. Pilihlah premis yang mempunyai sistem pengudaraan baik,” katanya ketika menyampaikan pengumuman khas Perdana Menteri berkenana kemudahan bagi individu yang sudah menerima vaksinasi lengkap hari ini.

Ketika ini, Kelantan, Terengganu, Perak dan Pahang berada pada fasa dua PPN, sementara Perlis, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sudah beralih ke fasa tiga PPN.

Dalam pada itu, Perdana Menteri juga menyarankan pengusaha premis kedai makan supaya menyediakan lebih banyak ruang tempat makan di bahagian luar premis bagi pengudaraan yang lebih baik.

“Kita faham bahawa risiko penyebaran virus Covid-19 adalah jauh lebih tinggi di dalam premis berbanding di luar. Pemilik premis kedai makan perlu pastikan mereka yang memasuki premis untuk dine-in mesti menunjukkan sijil digital vaksinasi Covid-19 yang menunjukkan bahawa individu itu sudah menerima vaksinasi lengkap,” katanya.

Katanya, bagi pasangan yang sudah menerima vaksinasi lengkap dan ingin membawa anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah untuk dine-in di premis kedai makan, pastikan anak-anak mereka mematuhi SOP yang ketat.

Related posts

Leave a Comment