Filipina lapor 9,671 kes baharu

MANILA 8 Ogos – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina melaporkan 9,671 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 1,658,916 kes.

Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 287 lagi pesakit berkaitan Covid-19 meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 29,122 orang.

Kes pesakit sembuh pula meningkat kepada 1,552,278 orang atau 93.6 peratus selepas 8,079 orang lagi dilaporkan pulih.

Kes aktif pula sebanyak 77,516 atau 4.7 peratus daripada keseluruhan kes.

Related posts

Leave a Comment