Johor lepasi 100,000 kes

PUTRAJAYA 8 Ogos – Johor melepasi angka jangkitan 100,000 hari ini apabila 1,308 kes baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 100,452, negeri ketiga merekodkan enam angka selepas Selangor 465,015 dan Kuala Lumpur 140,404.

Ketika jumlah kes seluruh negara hari ini turun kepada 18,688 berbanding 19,257 semalam, Selangor masih mendahului kes harian dengan 6,565 berbanding 7,084 semalam dan Kuala Lumpur 1,883 berbanding 2,450 semalam.

Tiga lagi negeri yang melepasi 1,000 kes adalah Kedah 1,610 berbanding 1,514 semalam, Sabah 1,379 (1,255) dan Negeri Sembilan 1,140 (884).

Melepasi 500 kes adalah Kelantan 870 berbanding 870 semalam, Perak 861 (774),

Pulau Pinang 694 (959), Pahang 602 (714), Terengganu 598 (425), Sarawak 581 (573) dan Melaka 526 (414).

Wilayah Persekutuan Putrajaya merekodkan 63 kes berbanding 56 semalam, Perlis 6  berbanding 41 semalam dan Wilayah Persekutuan Labuan dua kes seperti semalam.

Related posts

Leave a Comment