Hantar 500,000 dos ke Australia

SINGAPURA 31 Ogos – Singapura akan menghantar 500,000 dos vaksin Pfizer-BioNTech ke Australia sebagai sebahagian daripada satu perjanjian perkongsian  dos vaksin Covid-19, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Dalam satu catatan Facebooknya, Perdana Menteri berkata di bawah perjanjian itu Australia akan memulangkan kembali jumlah vaksin yang sama kepada Singapura pada bulan Disember.

Lee berkata, dos yang akan dipulangkan kembali berpotensi untuk dijadikan suntikan ketiga atau booster.

Singapura katanya amat berbesar hati dapat membantu negara itu untuk memvaksin para penduduk Australia secepat mungkin.

“Negara-negara mesti bersatu dalam perang membendung pandemik agar kita semua boleh melangkah ke arah norma baru. Singapura bersedia untuk menghulurkan bantuan, “ kata Lee.

Setengah juta dos vaksin yang akan dihantar Singapura adalah daripada bekalan sedia ada dan negara ini mempunyai dos vaksin yang mencukupi untuk memenuhi keperluan sekarang ini.

Related posts

Leave a Comment