Kadar vaksinasi tingkat ruang solat

SINGAPURA 31 Ogos – Kadar vaksinasi yang tinggi dalam kalangan penduduk tempatan membuka peluang lebih banyak ruang solat Jumaat disediakan di masjid-masjid Singapura bagi dua solat Jumaat pertama bulan September ini.

Menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), sejumlah 78,950 ruang disediakan bagi solat Jumaat pada 3 dan 10 September ini.

“Alhamdulillah, kami juga sukacita untuk berkongsi bahawa jemaah kini boleh menempah sesi solat mereka sekali pada setiap dua minggu, Maka itu, sesiapa yang tidak berjaya mendapatkan ruang solat hanya pada 27 Ogos boleh menempah slot semasa tempoh pendaftaran ini,” kata MUIS.

MUIS dalam kenyataannya semalam menjelaskan sebanyak 53 masjid akan menawarkan antara dua hingga 10 zon khas buat jemaah yang sudah lengkap divaksin.

Sementara itu, bagi jemaah yang belum divaksin sepenuhnya atau tidak boleh divaksin atas sebab perubatan tertentu, mereka masih boleh mengerjakan solat Jumaat berjemaah di 13 masjid yang menawarkan satu zon sahaja, tanpa perlu menjalani ujian pra-acara (PET).

Tempahan bagi ruang solat Jumaat untuk kedua-dua tarikh 3 dan 10 September dibuka hari ini.

Setakat ini sebanyak 80 peratus penduduk Singapura telah menerima dos lengkap vaksin Covid-19.

Related posts

Leave a Comment