Selangor catat kenaikan semula

PUTRAJAYA 31 Ogos – Kes di Selangor meningkat semula manakala negeri lain menunjukkan peningkatan dan penurunan sementara Labuan terus merekodkan angka satu digit dengan satu kes berbanding dua semalam.

Walaupun kenaikan dan penurunan tidak melibatkan angka yang besar, tetapi jumlah keseluruhan kes seluruh negara menunjukkan peningkatan iaitu 20,897 berbanding 19,268 semalam.

Jika semalam Selangor merekodkan 3,567 kes, hari ini angka itu meningkat kepada 4,371 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 603,995 kes.

Tiga negeri merekodkan lebih 2,000 kes iaitu Sabah 2,594, angka yang meningkat berbanding 2,310 semalam, Sarawak 2,285 (2,028) dan Johor 2,159 (2,265).

Lima negeri merekodkan lebih 1,000 kes didahului Kedah 1,942 (2,084), Pulau Pinang 1,732 (1,780), Kelantan 1,479 (1,308), Perak 1,204 (1,144) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1,003 (672).

Pahang pula merekodkan 798 kes berbanding 788 semalam, Terengganu 608 (544),

Melaka 417 (395), Negeri Sembilan 215 (269), Perlis 64 (71) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya 25 (41).

Related posts

Leave a Comment