Filipina cecah 1,989,857 kes

MANILA 31 Ogos – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 13,827 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,989,857.

Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 16,759 pesakit dilaporkan sembuh dan membawa kepada jumlah kumulatif pulih sebanyak 1,810,847 orang atau 91.0 peratus daripada keseluruhan kes.

DoH juga merekodkan 118 orang meninggal dunia akibat Covid-19 dan ini menjadikan jumlah keseluruhan 33,448 kematian.

Kes aktif pula sebanyak 145,562 atau 7.3 peratus.

Sementara itu, setakat 29 Ogos sebanyak 33,099,392 dos telah diberikan dan dan daripada jumlah itu, 13,784,681 individu telah melengkapkan vaksinasi dua dos manakala 19,314,711 lagi telah menerima dos pertama..

Related posts

Leave a Comment