10,534 kes baharu Indonesia

JAKARTA 31 Ogos – Jumlah jangkitan Covid-19 di Indonesia meningkat kepada 4,089,801 kes selepas 10,534 lagi disahkan positif hari ini.

Pada masa yang sama, 532 orang meninggal dunia akibat Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 133,023 kematian.

Kes sembuh pula merekodkan 16,781 orang pesakit pulih dan ini menambah jumlah kesembuhan kepada 3,760,497 dengan kes aktif 196.281

Lima provinsi menambah pesakit sembuh harian tertinggi iaitu Jawa Barat 2,287 dan kumulatifnya 656,045,  diikuti Jawa Timur 1,663 (343,990), DI Yogyakarta 1.127 (132.776), Jawa Tengah 1.102  (416.023) serta Kalimantan Selatan 1,016 (57.797).

Jawa Timur menambah 1,323 kes baharu dengan kumulatifnya 383,252, Jawa Barat  1,127 (690.924), Sumatera Utara 792 (96,304), Jawa Tengah 635 (469,321) Kalimantan Timur 548 ( 150.698).

Berkaitan kematian pula, Jawa Timur menambah 132 kes dan kumulatifnya 28,171, Jawa Barat 37 (13.478), DI Yogyakarta 33 (4,849), Jawa Tengah 31 (28,313) dan  Riau menambahkan 30 ( 3.713). 

Sementara program vaksinasi pula merekodkan 816,392 lagi menerima dos vaksin pertama menjadikan jumlah keseluruhan 63,111,288 orang manakala 540,751 menerima dos kedua menjadikan jumlah penerima meningkat kepada 35,855,211.

Related posts

Leave a Comment