Trend penurunan kes di Thailand

BANGKOK 31 Ogos – Thailand terus menunjukkan trend penurunan kes dengan merekodkan 14,666 berbanding 15,972 semalam dan 16,526 hari sebelumnya menjadikan jumlah keseluruhan 1,204,729 kes.

Pada masa yang sama, jumlah kematian meningkat kepada 11,589 orang selepas 190 lagi dilaporkan meninggal dunia.

Daripada jumlah kes harian hari ini, sebanyak 14,362 adalah melibatkan penduduk awam manakala 304 dalam kalangan banduan. Tujuh kes import juga dilaporkan sebaik mereka tiba di sini.

Bangkok merekodkan 32 kematian sementara wilayah sekitarnya iaitu Pathum Thani (18), Samut Sakhon (17), Samut Prakan (10), Nakhon Pathom (4), dan Nonthaburi (1) manakala di selatan iaitu Narathiwat (7), Pattani (5), Chumphon (2), dan Trang (1).

Di samping itu, Bangkok turut merekodkan kes harian tertinggi iaitu 3,963 diikuti Samut Prakan 1,402, Samut Sakhon 983, Chon Buri 745, Ratchaburi 490, Nonthaburi 488, Ayutthaya 308, Nakhon Ratchasima 299 dan 273 kes masing-masing di Nakhon Pathom dan Songkhla.

Tujuh kes import pula adalah ketibaan dari Kazakhstan (1), Israel (1), Jerman (2), Kemboja (2), dan Malaysia (1).

Setakat semalam, Isnin, sebanyak 19,245 pesakit sembuh dan dibenarkan keluar hospital manakala 171,368 sedang menerima rawatan yang meliputi 5,003 orang dalam keadaan serius dan 1,042 bergantung kepada bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment