161 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 31 Ogos – Singapura melaporkan 156 kes baharu Covid-19 tempatan dan lima kes import setakat pukul 12 tengah hari ini  menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini sebanyak 67,620 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 79 kes tanpa hubung kait dengan jangkitan terdahulu, 48 jangkitan dikaitkan dengan kes-kes sebelum ini dan sudah dikuarantin, dan 29 kes berhubung kait dikesan menerusi ujian pemantauan.

Antara kes-kes baharu hari ini, dua kes berusia 70 tahun ke atas yang belum divaksin atau belum lengkap divaksin dan berisiko sakit teruk.

Jumlah kes  hari ini adalah yang tertinggi bagi kes jangkitan tempatan sejak 22 Julai di mana sebanyak 162 jangkitan dilaporkan ketika itu.

Sementara itu lima kes import dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di sini..

Tiga jangkitan dikesan sejurus tiba di sini manakala dua jatuh sakit semasa menjalani SHN atau tempoh pengasingan.

Related posts

Leave a Comment