SINGAPURA 31 Ogos – Institut Kesihatan Mental (IMH), Singapura melaporkan satu kluster Covid-19 di dua wad yang terletak bersebelahan dengan merekodkan enam kes melibatkan dua kakitangan dan empat pesakit. Dalam kenyataan media semalam, IMH menyatakan kes pertama, melibatkan seorang jururawat yang bertugas di kedua-dua wad tersebut dan disahkan positif pada 28 Ogos. Lima kes lagi yang melibatkan seorang pegawai kesihatan dan empat pesakit dikesan melalui ujian pemantauan sepanjang hujung minggu lalu. Menurut IMH, dua pekerjanya serta seorang daripada empat pesakit sudahpun lengkap divaksin manakala tiga lagi pesakit belum divaksin. Berikutan…
Read MoreMonth: August 2021
14.8 juta 2 dos, 19.5 juta 1 dos
PUTRAJAYA 31 Ogos – Sebanyak 63.3 peratus atau 14,828,690 individu daripada jumlah penduduk dewasa negara ini telah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 setakat semalam. Pada masa yang sama, melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) itu sebanyak 83.6 peratus atau 19,560,239 individu telah mendapatkan dos pertama. Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), bagi keseluruhan rakyat Malaysia pula, sebanyak 45.4 peratus sudah lengkap divaksinasi, manakala 59.9 peratus lagi sudah mendapatkan suntikan dos pertama. JKJAV juga menjelaskan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi PICK setakat semalam sebanyak 34,388,929 dos. Labuan terus…
Read MoreImbas kembali …
Kadar kebolehjangkitan beralih ke 1.02
PUTRAJAYA 31 Ogos – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 di negara ini beralih kepada 1.02 semalam selepas tiga hari kekal pada 1.01. Sembilan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan didahului Perlis yang mencatat kadar tertinggi, 1.22 berbanding sebelumnya 1.24. Ini diikuti Sarawak 1.19 Sabah 1.12, Pulau Pinang 1.10, Johor 1.09, Perak 1.05, Kelantan 1.05, Kedah 1.05 dan Terengganu 1.03. Enam negeri mencatat kadar kebolehjangkitan di bawah purata kebangsaan.iaitu Pahang 1.01, Selangor 0.93, Melaka 0.90, Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.88, Kuala Lumpur 0.83 dan Negeri Sembilan 0.82. Wilayah Persekutuan Labuan pula mencatat dua kes…
Read MoreSelamat Hari Kebangsaan
KUALA LUMPUR 31 Ogos – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengajak seluruh rakyat sebagai sebuah Keluarga Malaysia untuk bersama-sama membulatkan tekad bagi memulihkan negara, sempena Hari Kebangsaan ke-64 yang disambut esok. Perdana Menteri berkata, situasi pandemik COVID-19 yang dihadapi negara pada hari ini, adalah cabaran yang belum pernah ditempuhi mana-mana kepemimpinan dan kerajaan terdahulu. Beliau berkata, beberapa cabaran serentak, iaitu wabak penyakit dan kegawatan ekonomi, menyebabkan kestabilan politik negara dan di seluruh dunia tergugat. “Sempena Hari Kemerdekaan ini, kita perlu terus berjuang memerangi pandemik COVID-19 sebagai musuh yang paling utama.…
Read MoreMedia Hari Ini 31 Ogos 2021
Kes jangkitan bawah 300
RIYADH 30 Ogos – Selepas merekodkan 208 kes semalam, kes baharu Covid-19 hari ini naik sedikit, 221 kes menjadikan jumlah keseluruhan 544,225 Menurut Kementerian Kesihatan, tujuh lagi kematian direkodkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 8,539 orang. Sejumlah 386 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada 532,512 orang. Riyadh merekodkan kes harian tertinggi iaitu 66 kes diikuti Makkah 36, Timur 21, dan Jazan 20 . Sebanyak 3,174 kes aktif dilaporkan dan 927 dalam keadaan kritikal..
Read MoreBrunei catat 76 kes baharu
BANDAR SERI BEGAWAN 30 Ogos – Brunei Darussalam merekodkan 76 kes baharu Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,641. Menteri Kesihatan, Dr Md Isham Jaafar berkata, satu kluster baharu direkodkan dikenali sebagai Kluster 1848. Kluster ini merekodkan 14 kes di mana empat kes baharu dikesan hari ini sementara yang lain dilaporkan sebelum ini sebagai kes tanpa diketahui sumber jangkitan. Terdapat 27 kes tambahan yang dikaitkan dengan tujuh kluster yang masih aktif yang melibatkan mereka yang dikuarantin dan kontak kes yang disahkan. Pada masa yang sama masih ada 45 kes yang masih…
Read MoreKes jangkitan harian turun
PUTRAJAYA 30 Ogos – Sebanyak 19,268 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini, angka yang menunjukkan penurunan berbanding 20,579 kes yang direkodkan semalam.. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, angka itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 1,725,357 sementara kes aktif pula 265,713. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 19,252 kes tempatan yang melibatkan 16,662 warganegara dan 2,590 bukan warganegara sementara 16 kes import melibatkan empat warganegara dan 12 bukan warganegara. Menurut Dr Noor Hisham, sebanyak 399 kes (2.1 peratus) adalah daripada kategori 3,…
Read MoreKes tempatan tertinggi di Singapura
SINGAPURA 30 Ogos – Kes jangkitan Covid-19 di Singapura menunjukkan peningkatan apabila 147 kes tempatan baharu dan lapan kes import dilaporkan setakat tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 67,459 kes. Jumlah jangkitan dalam masyarakat dan bilangan kes Covid-19 yang dilaporkan hari ini adalah yang tertinggi di Singapura sejak 22 Julai. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), sebanyak 52 kes tempatan tiada hubung kait, 53 kes terkait dengan kes-kes terdahulu dan sudahpun dikuarantin dan 42 lagi kes berhubung kait dikesan melalui ujian pemantauan. Dalam kalangan kes baharu itu, seorang individu berusia 70 tahun…
Read More