Satu kematian, 71 kes di Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN 31 Ogos – Brunei Darussalam mencatatkan kematian kesembilan akibat Covid-19 melibatkan seorang lelaki berusia 80 tahun, kata Menteri Kesihatan Dr Md Isham Jaafar.

Katanya, allahyarham yang disahkan positif pada 22 Ogos lalu mengalami masalah jangkitan paru-paru selepas dijangkiti Covid-19.

Beliau juga memaklumkan 71 kes baharu direkodkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,712 kes.

Sebanyak 24 kes baharu itu ada kaitan dengan sembilan kluster aktif dan individu yang dijangkiti adalah yang menjalani kuarantin dan didapati menjadi kontak kepada beberapa kes yang disahkan.

Sementara 47 kes lagi masih dalam siasatan sumber jangkitannya.

Sebanyak 130 kes sembuh direkodkan termasuk 51 kes positif kategori 1 yang telah membuat pengasingan diri selama 14 hari di rumah masing-masing menjadikan jumlah keseluruhan 966 kes.

Kes aktif pula sebanyak 1,734 dan terdapat lapan kes kritikal di mana tujuh kes memerlukan bantuan alat pernafasan manakala satu kes memerlukan bantuan mesin tambahan heart / lung machine (ECMO).

Di samping itu, sebanyak 28 kes dalam kategori 4 dimasukkan ke unit rawatan rapi bagi pemantauan lebih lanjut.

Related posts

Leave a Comment