1,252 kes baharu Arab Saudi

RIYADH 26 Julai – Arab Saudi merekodkan 1,252 kes baharu Covid-19 hari ini dengan 12 lagi meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 519,395 kes dan 8,179 kematian. Menurut Kementerian Kesihatan, seramai 1,299 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 500,426 orang pulih. Makkah merekodkan kes tertinggi iaitu 316 orang diikuti Riyadh 226, daerah Timur 183 dan Asir 122 . Kes aktif pula 10,788 di mana 1,424 dalam keadaan kritikal. Sementara itu, separuh dari penduduk telah mendapatkan sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin dan 20 peratus penduduk lengkap dua dos.

Read More

Kes sembuh atasi jangkitan

JAKARTA 26 Julai – Kes sembuh yang direkodkan di Indonesia hari ini mengatasi jumlah kes positif Covid-19 yang turut menyaksikan penurunan jumlah kes jangkitan harian. Sebanyak 40,374 kes sembuh dilaporkan, tertinggi direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 2,549,692 orang sembuh manakala kes positif harian pula sebanyak 28,228.yang menjadikan jumlah kumulatif 3,194,733. Kes positif hari ini adalah yang terendah dalam beberapa hari ini selepas berlaku lonjakan sehingga mencecah lebih 50,000. Jumlah kematian pula meningkat kepada 84,766 apabila 1,487 lagi kematian baharu direkodkan iaitu kes harian tertinggi setakat ini.. Kematian tertinggi direkodkan  di Jawa…

Read More

Semakan sekatan mulai Ogos

SINGAPURA 26 Julai – Langkah-langkah sekatan Covid-19 di Singapura akan dilonggarkan apabila kluster jangkitan Covid-19 dapat dikawal serta kadar kemasukan ke hospital kekal rendah. Menteri Kewangan, Lawrence Wong berkata, kelonggaran itu akan berbeza-beza dan ditawarkan hanya kepada mereka yang sudah divaksinasi. Dalam kenyataan di Parlimen, Wong yang juga pengerusi bersama pasukan bertindak berbilang kementerian (MTF) yang menangani pandemik Covid-19, berkata, sekatan akan disemak semula pada Ogos. Pihak berkuasa merancang untuk menyemak semula langkah-langkah itu pada titik pertengahan Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat) yang bermula pada 22 Julai dan akan diteruskan sehingga…

Read More

49.7 peratus dalam kategori satu

PUTRAJAYA 26 Julai – Jumlah kes jangkitan Covid-19 menunjukkan sedikit penurunan iaitu 14,516 kes hari ini berbanding semalam apabila negara mencatatkan angka tertinggi dengan 17,045 pesakit baharu. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 1,027,954 kes. Mengikut rekod, ini angka pertama 14,000 dicatatkan selepas jumlah tertinggi 13,215 pada 15 Julai dan 13,034 kes yang direkodkan pada 22 Julai terus melonjak ke angka 15,573 kes  pada 23 Julai Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, daripada kes yang dilaporkan hari ini, sebanyak 7,216 kes atau 49.7 peratus…

Read More

Rekod kematian tertinggi

PUTRAJAYA 26 Julai – Angka kematian akibat pandemik Covid-19 hari ini mencecaah 207 orang, jumlah tertinggi setakat ini menjadikan jumlah keseluruhan  8,201 kematian.. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata 1,009 pesakit dirawat di ICU dengan 524 daripada mereka masih memerlukan alat bantuan pernafasan. Katanya, jumlah itu daripada 165,840 kes keseluruhan yang masih aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19. Dr Noor Hisham berkata, kes kematian hari ini membabitkan 184 warganegara dengan 23 lagi warga asing. Selangor kekal mencatatkan kes kematian tertinggi dengan 57 kes, Kuala Lumpur (52), Johor (24), Kedah (19)…

Read More

8.8 % babit sektor pembuatan

KUALA LUMPUR 26 Julai – Hanya 8.8 peratus kes jangkitan Covid-19 tempat kerja membabitkan sektor pembuatan antara 1 Jun hingga 23 Julai lalu, kata Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Mohamed Azmin Ali. Beliau berkata, daripada 408,134 kes yang dicatatkan dalam tempoh yang sama, hanya 35,968 kes membabitkan sektor pembuatan. “Data daripada Kementerian Kesihatan dan maklumat disediakan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan menyatakan 69 peratus kes jangkitan dalam tempoh berkenaan ialah kes sporadik dan 31 peratus kes jangkitan daripada kluster. “Saya hendak jelas bagi satu sektor…

Read More

Kes harian Johor lepasi 1,000

PUTRAJAYA 26 Julai – Johor mencatatkan angka empat digit kes Covid-19 hari ini bersama Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kedah yang merekodkan lebih 1,000 kes jangkitan harian. Berbanding angka semalam, Selangor, Kuala Lumpur dan Kedah mencatatkan penurunan sementara Johor menunjukkan peningkatan dari 950 kes semalam kepada 1,449 hari ini. Selangor kekal mendahului kes harian dengan 6,508 berbanding 8,500 semalam, Kuala Lumpur 1,425 (2,045) dan Kedah 1,160 (1,216). Bagaimanapun Selangor dan Kuala Lumpur masih penyumbang terbesar iaitu 7,933 kes kepada jumlah keseluruhan kes negara yang direkodkan hari ini sebanyak 14,516.…

Read More

135 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 26 Julai – Sebanyak 135 kes baharu Covid-19 dilaporkan setakat pukul 12 tengah hari ini yang merangkumi 129 kes tempatan dan enam kes import menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini 64,317. Menurut Kementerian Kesihatan, daripada 129 kes tempatan itu, sebanyak 61 kes  berhubung kait dengan kluster Pelabuhan Perikanan Jurong manakala enam lagi dikaitkan dengan kluster KTV. Sebanyak 76 jangkitan berhubung kait kes-kes terdahulu yang telah dikenakan kuarantin manakala 25 lagi dikesan menerusi proses pemantauan. Baki 28 lagi tidak berhubung kait dengan mana-mana kes sebelumnya. Sementara itu enam kes import…

Read More

Kes di Filipina kini 1,555,396

MANILA 26 Julai – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 6,664 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 1,555,396. Setakat pukul 4 petang, DoH juga mencatatkan, 5,766 kes pesakit sembuh yang menjadikan jumlah keseluruhan 1,473,009 orang atau 94.7 peratus manakala kes aktif pula sebanyak 55,140. Sebanyak 23 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 27,247 orang. Sementara itu, setakat petang semalam, sebanyak 17,202,421 dos telah diberikan di mana ia melibatkan 11,113,107 bagi dos pertama dan  6,089,314 untuk dos penuh.

Read More

Thailand catat dua rekod baharu

BANGKOK 26 Julai – Thailand mencatatkan dua rekod baharu kes jangkitan Covid-19 hari ini apabila merekodkan jumlah kes harian tertinggi 15,376 dan jumlah keseluruhan kes melepasi setengah juta iaitu 512,678. Jumlah kematian pula 87 orang kurang daripada 129 yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 4,146 kematian. Daripada 15,376 kes baharu, 14,335 melibatkan penduduk awam (termasuk 14 kes import) dan 1,041 lagi dalam kalangan banduan . Setakat semalam, 6,782 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital sementara 167,057 sedang mendapatkan rawatan di mana 4,289 dalam keadaan kritikal dan 967 bergantung…

Read More